Monday, September 28, 2009

BIDADARI-BURN&SOUL

Anak pengarah dan penerbit filem yang juga seorang pengarah filem dan seorang pelakon kini mula mengorak langkah ke bidang nyanyian.. Syamsul Yusof yang kita kenali sebagai seorang pengarah muda yang berbakat kini mengorak langkah ke bidang nyanyian iaitu bidang yang memang diminatinya sebelum Syamsul bergelar seorang pengarah dan pelakon..single pertamanya iaitu BIDADARI telah pun ke udara dicorong radio HOTFM..setelah dengar dengan teliti lagu BIDADARI ini memang sedap didengar..alunannya pun sedap, suara penyanyinya pun sedap..tak disangka Syamsul Yusof juga berbakat dalam bidang nyanyian..melimpah-limpahlah rezeki anak bujang Datuk Yusof Haslam ini..moga rezeki buat saudara Syamsul Yusof ini melimpah-limpah lagi selepas ini..dalam single BIDADARI ini Syamsul menggunakan nama SOUL manakala BURN(anwar fazal) adalah sepupunya..

BIDADARI-BURN&SOUL

(Verse 1-Syamsul)

Lirikan matamu
Senyuman manismu
Tawa manjamu
Sentuhan lembutmu


Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu


Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga...

*Chorus*
Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..

(Verse 2-Anwar)

Pandangan redupmu
Gurauan sendamu
Bisikan jiwamu
Menawan hatiku


Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu


Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga...

*Chorus*
Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..

*Bridge*
Biar bercerai nyawaku dari jasadku pastiku kan masih setia...
Biar gugur semua bintang pasti kumenyinta...
Selagi diriku ada..


Impianku oh kita bersama
Aku tahuku oh pemuja rahsia
Bersamamu penuh dengan kenangan
Kenangan pahit manis tak mampu kulupakan


Bukalah hatimu
Sedari wujudku


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sayang(x10)

Monday, September 21, 2009

AIDILFITRI YANG BERBEZA

tahun ni raya lain dari tahun-tahun yang sebelumnya..selalunya balik kampung naik KTM je..tahun ni naik kereta..maklumlah, baru tahun ni saya dpt lesen..dpt la bwk family naik kereta....pagi raya dah bertolak ke negeri sembilan..petang tu balik KL semula..ke selayang pula..hari ni nak ke klang pula..drive lagi..hehehe..jadi driver family la tahun ni..=)


anyway..SELAMAT HARI RAYA TO ALL..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

kepada semua pemandu, hati-hati dijalan raya..

Friday, September 11, 2009

TEMPAHAN KUIH@BISKUT RAYA SUDAH DITUTUP

Perhatian kepada semua pengunjung blog ini. tempahan untuk kuih@biskut raya telah ditutup. tempahan tidak akan diambil lagi selepas ini. kalau nak tempah juga tunggu raya tahun depan pula. =)

Wednesday, September 2, 2009

TEMPAHAN KUIH@BISKUT RAYA

biskut kelapa sempena aidilfitri
dijual pada harga RM30 untuk 100 biji
RM15 untuk 50 biji
biskut tembikai sempana aidilfitri
dijual pada harga RM30 untuk 100 biji
RM15 untuk 50 biji
biskut semperi sempena aidilfitri
dijual pada harga RM28 untuk 100 biji
RM14 untuk 50 biji

cornflakes coklat sempena aidilfitri
dijual pada harga RM28 untuk 100 biji
RM14 untuk 50 biji
batang buruk sempana perayaan aidilfitri
dijual pada harga RM10 untuk 100batang
biskut kacang sempena aidilfitri
dijual pada harga RM30 untuk 100 biji
RM15 untuk 50biji
tart nenas sempena aidilfitri..
dijual pada harga RM35 untuk 100 biji
RM18 untuk 50 biji
biskut mazola yg enak sempena aidilfitri..
dijual pada harga RM30 untuk 100 biji
RM15 untuk 50 biji
almond london sempena aidilfitri...
dijual pada harga RM35 untuk 100 biji
rm18 untuk 50 biji
biskut makmur@kuih makmur sempena aidilfitri...
dijual pada harga RM35 untuk 100biji
RM18 untuk 50 biji






untuk tempahan kuih-kuih dan biskut raya ini anda boleh email atau sms tempahan anda kepada saya...alamat email dan no telefon saya tertera di atas page ini..rasa kuih-kuih dan biskut ini dijamin sedap..harga juga berpatutan..saya beroperasi di taman salak jaya(kuala lumpur)..

Wednesday, August 26, 2009

LANGKAWI LA

sape la mamat ni..??
buah jentik yg sempat di beli di Kuala Perlis
chicken chop ni sedap..kat EE CORNER kat Langkawi
Ublong kat EE CORNER gak
Dataran Lang



makam Mahsuri


akhirnya berjaya gak sampai kat tempat gayat cm ni...tak larat dah sebenarnya nak pandang bawah ni...tapi sahut cabaran gak la naik tempat tinggi camni...hilang gayat...!hahaha

tiket masuk ke Langkawi Cable Car

Pantai Chenang

Monday, August 10, 2009

ABC World !

















ABC World...!buat pertama kalinya saya makan ABC camni...selalunya kalau makan ABC mesti simple je ABC tu..ni tak...makan ABC ni taknak makan lain dah...KENYANG!huhu....tapi dalam gambar ni bukan saya..adik saya...dia nak enterprem...hahahaha...ni kat Restoran Hajris Utama kat sebelah Maybank Bandar Permaisuri...

BOLING ANTARA PU3 DAN JASA WPKL

dan pemenangnya...hahahaha...lu pikir la sendiri








juara akan membawa pulang....trofi ni...

EKIN DI KARNIVAL JALINAN RAKYAT DI PPR BATU MUDA


Wednesday, August 5, 2009

TEMPAHAN BAJU RAYA SUDAH DITUTUP

Perhatian!perhatian!

perhatian kepada semua pembaca..baru-baru ni saya ada mengiklankan tempahan baju raya..buat pengetahuan tempahan baju raya itu telah ditutup...harap maaf..Puan Kamariah baru imform kat saya dia dah tak ambil tempahan baju raya...

maaf!maaf!maaf!

Saturday, August 1, 2009

Diburu Ah Long

Anda yang tidak mempunyai modal untuk berniaga atau takde duit nak beli kereta atau ada masalah kewangan, saya nasihatkan anda janganlah pinjam kat 'along'(ah long)..negara kita ada macam2 skim pinjaman..nak beli kereta boleh buat loan..nak beli rumah pun boleh buat loan..nak berniaga ada pinjaman,contohnya pinjaman TEKUN,AIM(Amanah Ikhtiar Malaysia) dan mcm2 pinjaman lagi..kenapa mesti nak pinjam "along"??anda sedia maklum pinjaman 'along' bagaimana..jadi tak perlulah pinjam 'along'..teringat saya drama Gerak Khas episod Diburu Ah Long yang saya tengok malam tadi..kesian syamil (syamsul yusof)dan siti (hetty sarlene)..gara-gara pinjam 'along' mereka diburu ketakutan..da sesak macam tu baru ingat keluarga..

Jadi, janganlah anda berhubung dgn 'along' atau meminjam wang dari 'along'..amek tahu mengenai jiran tetangga anda..jgn jadi seperti berita yang sudah.."jiran sendiri ah long"..anda yg susah nanti...

"BERINGAT SEBELUM KENA"

BOIKOT AH LONG!!

Friday, July 31, 2009

Mencari Pekerja Untuk Buat Kuih Raya - Cepat!

Salam.

Jika ada sesiapa yang ingin mencari duit raya lebih tahun ini,pekerja sepenuh masa (wanita) untuk membantu membuat kuih raya tahun ini.


Kriteria Utama :
1. Rajin. Kalau malas, asyik bergayut hp ngan lelaki - tak payah mintak kerja ni.
2. Boleh bekerja sendiri - kami tak boleh mengawasi anda sepanjang masa.
3. Berpakaian sopan dan bertudung.
4. Suka menyanyi kat dapur akan dipertimbangkan.
5. Sepenuh masa
6. Lepasan SPM/diploma/ijazah yang masih mengganggur amat digalakkan.
7. Bujang - tempat tinggal disediakan

Tempat tinggal : Disediakan, termasuk TV, DVD dan Astro (Disney channel & kartun).

Tempat : Cheras, Kuala Lumpur.

Makan : Masak lah apa2 yang ada kat dapur tu.. tak kena extra caj pun.

Mula bekerja minggu ini atau minggu depan sehingga 3 hari sebelum raya.

Skop tugas mudah :- buat kuih raya sampai siap, termasuk membungkus, kemas dapur.

Gaji : RM 1200 seorang (minggu depan hingga 3 hari sebelum raya). Bayaran selepas tugas habis. Advance dipertimbangkan mengikut hari bekerja untuk membeli barang-barang raya.

Masa bekerja : tidak tetap. Bila nak dekat ngan raya, order banyak sampai tak menang tangan.

Cuti : boleh dipertimbangkan untuk beli barang2 raya.

MC dan sakit : Ada doktor oncall-in-house.

Berminat??Boleh hubungi Dr. Azwan ditalian maxis: 012-9597074

Segera...!!Sebelum terlambat...

Monday, July 27, 2009

NOKIA 5800 XPRESSMUSIC








function handphone ni boleh anda lihat di URL dibawah ini

http://www.gsmarena.com/nokia_5800_xpressmusic-2537.php

Sufi-Damasutra






ni la lagu favourite saya...hahaha...minat giler dgn suara baggio damasutra ni..

Tempahan Baju Raya

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan baju raya dan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma sila hubungi atau sms terus ke Puan Kamariah=012-9156274 atau boleh datang terus ke kedai beliau di Taman Salak Jaya yang beralamat di No.17 PAsar Salak JAya, Taman Salak Jaya, Salak Selatan,K.L....tempahan boleh dibuat sekarang sehingga awal ramadhan...selepas tujuh (7) hari ramadhan tempahan baju tidak akan diambil..selepas sepuluh (10) hari ramadhan tempah kuih raya tidak akn diambil lagi...



Sekian...

Terima Kasih...
Wasalam

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia




Allahyarham Yasmin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada pukul 11.25 malam kelmarin selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan otak.

AL-FATIHAH..................amin
semoga jenazah arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...

Friday, July 24, 2009

ARTIKEL METRO HARIAN 23/7/09

Korban nyawa selamat ibu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie." title="TRAGIS...tiang lampu yang tumbang, gambar kiri,
kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie." width="680" border="0" height="384">
TRAGIS...tiang lampu yang tumbang, gambar kiri,
kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie.

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu sayang ibunya, seorang jurujual sanggup berkorban sehingga menyebabkannya maut dihempap tiang lampu apabila sempat bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal yang dinaiki mereka bagi menyelamatkan wanita itu.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali Mohd Azlie Mohd, 20-an, dikatakan menunggang motosikal bersama ibunya, Jamnah Johari, 45, dari rumah mereka di Salak Selatan, Sungai Besi menghala pusat bandar untuk pergi ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Loke Yew berhampiran sebuah sekolah menengah, sebatang tiang lampu secara tiba-tiba dikatakan rebah sebelum menghempap motosikal dinaiki anak beranak itu.

Panik dengan keselamatan ibunya, anak kedua daripada tiga beradik berkenaan dikatakan bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal berkenaan.


ini adalah sebahagian dari artikel..mangsa adalah jiran saya..