Friday, July 31, 2009

Mencari Pekerja Untuk Buat Kuih Raya - Cepat!

Salam.

Jika ada sesiapa yang ingin mencari duit raya lebih tahun ini,pekerja sepenuh masa (wanita) untuk membantu membuat kuih raya tahun ini.


Kriteria Utama :
1. Rajin. Kalau malas, asyik bergayut hp ngan lelaki - tak payah mintak kerja ni.
2. Boleh bekerja sendiri - kami tak boleh mengawasi anda sepanjang masa.
3. Berpakaian sopan dan bertudung.
4. Suka menyanyi kat dapur akan dipertimbangkan.
5. Sepenuh masa
6. Lepasan SPM/diploma/ijazah yang masih mengganggur amat digalakkan.
7. Bujang - tempat tinggal disediakan

Tempat tinggal : Disediakan, termasuk TV, DVD dan Astro (Disney channel & kartun).

Tempat : Cheras, Kuala Lumpur.

Makan : Masak lah apa2 yang ada kat dapur tu.. tak kena extra caj pun.

Mula bekerja minggu ini atau minggu depan sehingga 3 hari sebelum raya.

Skop tugas mudah :- buat kuih raya sampai siap, termasuk membungkus, kemas dapur.

Gaji : RM 1200 seorang (minggu depan hingga 3 hari sebelum raya). Bayaran selepas tugas habis. Advance dipertimbangkan mengikut hari bekerja untuk membeli barang-barang raya.

Masa bekerja : tidak tetap. Bila nak dekat ngan raya, order banyak sampai tak menang tangan.

Cuti : boleh dipertimbangkan untuk beli barang2 raya.

MC dan sakit : Ada doktor oncall-in-house.

Berminat??Boleh hubungi Dr. Azwan ditalian maxis: 012-9597074

Segera...!!Sebelum terlambat...

No comments:

Post a Comment