Friday, July 24, 2009

ARTIKEL METRO HARIAN 23/7/09

Korban nyawa selamat ibu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie." title="TRAGIS...tiang lampu yang tumbang, gambar kiri,
kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie." width="680" border="0" height="384">
TRAGIS...tiang lampu yang tumbang, gambar kiri,
kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie.

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu sayang ibunya, seorang jurujual sanggup berkorban sehingga menyebabkannya maut dihempap tiang lampu apabila sempat bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal yang dinaiki mereka bagi menyelamatkan wanita itu.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali Mohd Azlie Mohd, 20-an, dikatakan menunggang motosikal bersama ibunya, Jamnah Johari, 45, dari rumah mereka di Salak Selatan, Sungai Besi menghala pusat bandar untuk pergi ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Loke Yew berhampiran sebuah sekolah menengah, sebatang tiang lampu secara tiba-tiba dikatakan rebah sebelum menghempap motosikal dinaiki anak beranak itu.

Panik dengan keselamatan ibunya, anak kedua daripada tiga beradik berkenaan dikatakan bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal berkenaan.


ini adalah sebahagian dari artikel..mangsa adalah jiran saya..

No comments:

Post a Comment