Friday, July 31, 2009
Mencari Pekerja Untuk Buat Kuih Raya - Cepat!
Jika ada sesiapa yang ingin mencari duit raya lebih tahun ini,pekerja sepenuh masa (wanita) untuk membantu membuat kuih raya tahun ini.
Kriteria Utama :
1. Rajin. Kalau malas, asyik bergayut hp ngan lelaki - tak payah mintak kerja ni.
2. Boleh bekerja sendiri - kami tak boleh mengawasi anda sepanjang masa.
3. Berpakaian sopan dan bertudung.
4. Suka menyanyi kat dapur akan dipertimbangkan.
5. Sepenuh masa
6. Lepasan SPM/diploma/ijazah yang masih mengganggur amat digalakkan.
7. Bujang - tempat tinggal disediakan
Tempat tinggal : Disediakan, termasuk TV, DVD dan Astro (Disney channel & kartun).
Tempat : Cheras, Kuala Lumpur.
Makan : Masak lah apa2 yang ada kat dapur tu.. tak kena extra caj pun.
Mula bekerja minggu ini atau minggu depan sehingga 3 hari sebelum raya.
Skop tugas mudah :- buat kuih raya sampai siap, termasuk membungkus, kemas dapur.
Gaji : RM 1200 seorang (minggu depan hingga 3 hari sebelum raya). Bayaran selepas tugas habis. Advance dipertimbangkan mengikut hari bekerja untuk membeli barang-barang raya.
Masa bekerja : tidak tetap. Bila nak dekat ngan raya, order banyak sampai tak menang tangan.
Cuti : boleh dipertimbangkan untuk beli barang2 raya.
MC dan sakit : Ada doktor oncall-in-house.
Berminat??Boleh hubungi Dr. Azwan ditalian maxis: 012-9597074
Segera...!!Sebelum terlambat...
Monday, July 27, 2009
NOKIA 5800 XPRESSMUSIC
Tempahan Baju Raya
Sekian...
Terima Kasih...
Wasalam
Yasmin Ahmad Meninggal Dunia



Allahyarham Yasmin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada pukul 11.25 malam kelmarin selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan otak.
AL-FATIHAH..................amin
semoga jenazah arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...
Friday, July 24, 2009
ARTIKEL METRO HARIAN 23/7/09
Korban nyawa selamat ibu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sarah Zulkifliam@hmetro.com.my
kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie." width="680" border="0" height="384"> |
TRAGIS...tiang lampu yang tumbang, gambar kiri, kesan darah dan topi keledar milik mangsa. Gambar kecil, Mohd Azlie. |
KUALA LUMPUR: Kerana terlalu sayang ibunya, seorang jurujual sanggup berkorban sehingga menyebabkannya maut dihempap tiang lampu apabila sempat bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal yang dinaiki mereka bagi menyelamatkan wanita itu.
Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali Mohd Azlie Mohd, 20-an, dikatakan menunggang motosikal bersama ibunya, Jamnah Johari, 45, dari rumah mereka di Salak Selatan, Sungai Besi menghala pusat bandar untuk pergi ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah.
Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Loke Yew berhampiran sebuah sekolah menengah, sebatang tiang lampu secara tiba-tiba dikatakan rebah sebelum menghempap motosikal dinaiki anak beranak itu.
Panik dengan keselamatan ibunya, anak kedua daripada tiga beradik berkenaan dikatakan bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal berkenaan.
ini adalah sebahagian dari artikel..mangsa adalah jiran saya..
Wednesday, July 22, 2009
Salam Takziah
AL-FATIHAH.......................
amin.......
Monday, July 13, 2009
BLACK JUARA MENTOR3


12 julai 2009 menjadikan seorang jejaka yang tidak punya apa-apa sebagai juara mentor 3 dan membolat hadiah utama iaitu wang sejumlah RM100,000.00 dan sebuah kereta kia spectra..tak sia-sia dididik oleh mentornya iaitu Mas Idayu sampai kene rotan..kesian Black..takpe, akhirnya menang jugak..hehehe..dapat RM100,000.00 lagi..tahniah buat Black dan Mas Idayu..
memang puas hati la Black menang..tak sia-sia mengundi..hahaha..bakatnya bukan pada rupa tapi pada suara..I like it..hahaha...tapi tak sangkakan Chaq boleh dapat undian juri awam paling tinggi..sedangkan persembahannya tidaklah sehebat manapun..agaknya orang pandang rupa dia kot..no komen..hahaha..Fira pun hebat juga malam itu..tapi mungkin undian tak menyebelahi dia kot..takpe la dapat gak rm10,000.00..
TAHNIAH BUAT BLACK DAN MAS IDAYU!!
Thursday, July 9, 2009
PPSMI dihentikan mulai 2012
ini persoalannya...saya bekas pelajar tahun pertama matapelajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa inggeris..betapa buntangnye mata saya apabila ingin mempelajari matapelajaran ini dalam bahasa inggeris sampai satu tahap keputusan peperiksaan saya sekadar lulus atau lebih tepat lagi 'nyawa-nyawa ikan'..adilkah??
dari tahun 2003 lagi PPSMI ini dilaksanakan dan 2012 pula akan dihentikan...adilkah??
macam mana dengan nasib buku-buku teks yang beribu-ribu naskhah itu??dibiarkan sajakah??sepatutnya dari dulu lagi kerajaan kena fikirkan kenapa tidak dihentikan saja PPSMI ini..ini tidak sudah hampir lapan tahun lebih tiba-tiba mahu dihentikan PPSMI ini..kenapa tak diteruskan saja PPSMI ini..??
pepatah melayu ada berkata 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'..pelajar-pelajar sepatutnya belajar dari sekarang..supaya bila diterima ke IPTA atau IPTS tidaklah tercungap-cungap ingin belajar bahasa inggeris..dari sekaranglah patut dimulakan..sekurang-kurangnya dah tahu asas..nak jadi doktor pun kene tahu bahasa inggeris..nama ubat pun dalam bahasa inggeris..takkan taknak belajar bahasa inggeris..nanti orang lain dah maju kedepan awak tercungap-cungap nak kejar..orang lain belajar bahasa inggeris jalan awak kene lari...
nokia n97
Tuesday, July 7, 2009
adik aku dan kek nya


pada 29/6/09 yang lalu adik aku baru je mencecah usianye yang ke-11..da besar da adik aku ni..jadi untuk mencuba segala bakat yang aku ada..aku pun buat la kek hari jadi untuk die..sedap gak la kek tu..hehehe..betullll..jiran aku pun cakap sedap..hehehe..[kembang sey]...
mula2 ingat nak buat kek coklat..tapi yang coklatnya kek..krimnya cappucino..sodap gak la...hehehe..family aku cakap sedapnya kek tu kalah kek yang kitorang beli kat luar...maknanya aku da berjaya buat kek..hehehe..boleh niaga kek la lepas ni...hehehehehe =)