Thursday, July 9, 2009

PPSMI dihentikan mulai 2012

jika anda baca akhbar hari ini (kosmo) Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu berkuat kuasa mulai 2012 manakala bagi sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil pula dalam bahasa ibunda mereka...mungkin ini yang ibubapa mahukan untuk anak-anak mereka..mereka boleh tersenyum dengan lebarnya..bagaimana pula dengan pelajar-pelajar ataupun bekas pelajar sebelum tahun 2012???pasti mereka tidak puas hati..mereka menduduki peperiksaan penting dengan sains dan matematik dalam bahasa inggeris manakala 'junior' mereka menduduki peperiksaan penting dalam bahasa melayu..adilkah??
ini persoalannya...saya bekas pelajar tahun pertama matapelajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa inggeris..betapa buntangnye mata saya apabila ingin mempelajari matapelajaran ini dalam bahasa inggeris sampai satu tahap keputusan peperiksaan saya sekadar lulus atau lebih tepat lagi 'nyawa-nyawa ikan'..adilkah??
dari tahun 2003 lagi PPSMI ini dilaksanakan dan 2012 pula akan dihentikan...adilkah??
macam mana dengan nasib buku-buku teks yang beribu-ribu naskhah itu??dibiarkan sajakah??sepatutnya dari dulu lagi kerajaan kena fikirkan kenapa tidak dihentikan saja PPSMI ini..ini tidak sudah hampir lapan tahun lebih tiba-tiba mahu dihentikan PPSMI ini..kenapa tak diteruskan saja PPSMI ini..??

pepatah melayu ada berkata 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'..pelajar-pelajar sepatutnya belajar dari sekarang..supaya bila diterima ke IPTA atau IPTS tidaklah tercungap-cungap ingin belajar bahasa inggeris..dari sekaranglah patut dimulakan..sekurang-kurangnya dah tahu asas..nak jadi doktor pun kene tahu bahasa inggeris..nama ubat pun dalam bahasa inggeris..takkan taknak belajar bahasa inggeris..nanti orang lain dah maju kedepan awak tercungap-cungap nak kejar..orang lain belajar bahasa inggeris jalan awak kene lari...

No comments:

Post a Comment